Jumaat, 13 Januari 2012

RUMAH KUNING juara ROAD RUN 2012

Cetak Laman iniCetak Laman ini

Pasukan Biru diketuai oleh Ustaz Azaman
Tahniah diucapkan kepada pasukan RUMAH KUNING yang berjaya mengekalkan kejuaraan keseluruhan ROAD RUN Peringkat Sekolah Tahun 2012 selama 3 tahun berturut-turut. Dengan kejayaan ini Rumah Kuning telah mengumpulkan  sebanyak  318 mata diikuti oleh Rumah Biru (236 mata), Rumah Merah (172 mata) dan Rumah Hijau (151 mata).







Gah barisan Rumah Kuning
Pada tahun ini terdapat perubahan sistem kiraan mata untuk tempat pertama hingga empat telah ditetapkan oleh sekolah di mana tempat pertama, Rumah Kuning (318 mata) akan membawa mata terkumpul ke hadapan hanya 200 mata, kedua 190 mata, ketiga 180 mata dan keempat 170 mata.  Ini bermakna bagi pasukan Rumah Hijau masih mempunyai peluang untuk bersaing tempat pertama pada Hari Sukan Olahraga Sekolah yang akan diadakan pada bulan Jun 2012 nanti.

Rumah Hijau dibawah kelolaan Cikgu Hamidi
Keseluruhannya, ROAD RUN telah berjalan lancar dan berjaya. Hanya seorang dua pelajar yang tidak mampu meneruskan larian kerana asthma. Terima kasih diucapkan kepada pasukan St.John Ambulans SEMAJA yang bertindak pantas merawat pelajar-pelajar ini. Semua pelajar telah melakukan larian serta mematuhi segala arahan Pengetua, Guru Peronda dan Guru check points dengan jayanya.


Ahli Rumah Merah dengan semangat berkobar-kobar untuk memulakan larian.
Tahniah sekali lagi kepada pasukan yang berjaya, bagi yang tidak berjaya sila cuba dengan lebih semangat kesukanan pada Hari Sukan Olahraga Sekolah pada bulan Jun 2012 nanti. Semoga berjaya menghasilkan atlet-atlet yang bersedia mewakili dan menyumbangkan pingat untuk sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SMKRMMTI 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox 1024 X 768 pxl