Rabu, 29 Februari 2012

Disiplin pelajar Sesi Petang adalah di tahap terbaik.

Cetak Laman iniCetak Laman ini
Salam semua, di sini ingin saya berkongsi tentang pelajar sesi petang tahun 2012. Seperti yang kita sedia maklum peraturan sekolah dan pelajar adalah sangat berkait rapat di antara satu sama lain. Setiap pelajar dikehendaki berpakaian uniform yang lengkap ke sekolah. Dilengkapi dengan lencana, tanda nama dan tali leher bagi lelaki. Setiap pelajar dikehendaki hadir ke sekolah sebelum masa belajar dan ini telah terbukti apabila statistik pelajar lewat ke sekolah telah berkurangan dengan drastiknya. 

Apa yang hendak di ceritakan di sini ialah pentingnya penguatkuasaan peraturan-peraturan sekolah dan ini tidak boleh dilakukan oleh seorang guru sahaja. Kita hanya manusia dan tetap lemah oleh itu setiap guru telah cemerlang mendidik pelajar-pelajar kita sehingga ke menara gading. Selain itu ibu bapa juga memainkan peranan dalam mendisiplin anak-anak mereka. Kita lihat biasanya pelajar yang bermasalah adalah kebanyakannya berpunca daripada keluarga yang bermasalah juga. Itu adalah realiti. Jangan mendabik dada sekiranya penguatkuasaan telah dijalankan dengan cemerlang. Apa yang penting ialah menitikberatkan aspek kerjasama serta melaksanakan hukuman serta kaunseling oleh guru-guru tertentu mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Sebenarnya sukar untuk mengekalkan disiplin yang terbaik di sekolah. Apa yang boleh kita lakukan  untuk mengekalkan momentum disiplin terbaik ialah semua pihak boleh meluangkan sedikit masa duduk semeja dan berbincang tentang permasalahan anak-anak atau pelajar-pelajar mereka. Semua ini dilakukan demi masa depan pelajar-pelajar kita. Ingatlah kita bukan sahaja bertanggungjawab melahirkan tenaga mahir atau pemimpin untuk negara tetapi mengasuh serta mendidik mereka tentang agama, budaya dan adat resam semua kaum supaya perpaduan dan keharmonian di negara kita ini dapat dikekalkan selama-lamanya.



Ahad, 19 Februari 2012

Ubah sikap baru boleh berjaya...

Cetak Laman iniCetak Laman ini
Kejayaan tidak datang bergolek tetapi perlu usaha yang berterusan berteraskan teknik-teknik yang betul. Itulah sumber kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Akademik dan sukan adalah dua bidang penting yang mesti semua pelajar ikuti serentak. Sikap sesetengah pelajar yang hanya mementingkan akademik sahaja sebenarnya tidak cukup kerana keperluan rohani dan jasmani mestilah seimbang dan bergerak seiring. Ada juga pelajar yang hanya sibuk bersukan sehingga melupakan peperiksaan PMR atau SPM. Ini pun perlu dirawat kerana seperti yang kita sedia maklum untuk berjaya ilmu amatlah penting. Tanpa ilmu hidup kita sentiasa di dalam kegelapan. 

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah sikap pelajar yang telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam apa jua pasukan tetapi tidak memberi komitmen 100% ke arah mencapai kejayaan. Kita ambil contoh bola sepak. Boleh dikatakan hanya 5 hingga 8 orang sahaja yang turun untuk latihan tetapi apabila buat perlawanan persahabatan, ramai pula pemain yang hadir, boleh dikatakan semuanya turun untuk bermain bola sepak. Hairan sungguh sikap pelajar SEMAJA kerana tidak semudah hanya bermain untuk persahabatan sahaja tetapi hari-hari untuk latihan diabaikan.

SEMAJA gah berbanding pasukan-pasukan dari sekolah lain dari aspek bola sepak. Bila diundi bersama SEMAJA, ada yang mengeluh kerana membayangkan SEMAJA sangat kuat dan sebagainya. Tetapi hakikatnya apabila jadual pesta bola sepak di peringkat daerah bermula, kita kecundang dan terus kecundang...di mana silapnya?

Bukti kejayaan kita masih berbisa dalam acara Road Run Peringkat MSSSPK Daerah Hilir Perak (dulu dikenali Merentas Desa)-rujuk KEJAYAAN SEMAJA
Punca sudah ditemui tetapi itulah sikap pelajar SEMAJA, latihan tidak boleh hadir, alasan tertidur, tiada kenderaan untuk ke sekolah adalah sangat sinonim dengan pelajar SEMAJA. Tetapi naik motor siap ronda semua taman hari-hari boleh pula. Begitu jugalah dengan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Bila tak siap ada aje alasan yang diberikan mereka. Jika beginilah sikap yang ada pada pelajar SEMAJA maka tidak hairanlah SEMAJA hanya gah pada nama sahaja. Marilah berubah dan terus membaiki kelemahan agar kita benar-benar mampu harum bukan sahaja di peringkat daerah malahan di peringkat kebangsaan dalam apa sahaja aktiviti yang rancang oleh kementerian.



Sabtu, 11 Februari 2012

Latihan Sukan Olahraga Antara Rumah sudah bermula..

Cetak Laman iniCetak Laman ini
Nak lompat ke tak?
Bermula sudah latihan antara rumah. Berbagai ragam dan rupa apabila melakukan lompatan, lontaran rejaman dan sebagainya dapat disaksikan. Namun masalah utama yang dihadapi ialah kehadiran. Selalunya yang datang tak sampai separuh daripada jumlah ahli. Kenapa jadi begini? 

Yeah!! Lompat saje.
Teknik Lompatan Rempuhan
Berbagai alasan diberikan oleh mereka yang tidak hadir latihan sukan olahraga, alasan terlupa dan tertidur adalah paling biasa didengar. Sikap mereka yang acuh tak acuh ini menyebabkan sukar untuk melahirkan atlet Semaja yang berkaliber dan berkemahiran tinggi. Inilah dia masalah yang dihadapi sejak sekian lama di Semaja.
Teknik Lompatan Terjun Sungai
Teknik Lompatan Lompat Pagar
Fokus utama sukan olahraga ini adalah bagi acara padang di mana acara-acara seperti lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, merejam lembing dan lempar cakera yang akan diadili  pada peringkat akhir seawal bulan Mei. Manakala bagi acara balapan seperti 100 meter, 200 meter, 400 meter, 1500 meter, 4x100 meter dan 4x400 meter hanya peringkat saringan sahaja yang akan bermula pada bulan Mei manakala peringkat akhir akan berlangsung pada Hari Sukan Semaja pada 28 Jun 2012.

Semaja sudah lama ketandusan atlet yang berkualiti. Seingat kita, akhir sekali Semaja telah 



Teknik Lompatan Berpagar
berjaya melahirkan atlet cemerlang seperti Syazrien pada tahun 2009. Selepas tahun tersebut bermula zaman kegelapan, kenapa jadi begini?
Di bawah pimpinan pegawai baru sukan sekolah sekarang, diharap Semaja mampu mengilap serta dapat melahirkan atlet-atlet yang berkualiti bukan sahaja di peringkat daerah malahan antarabangsa. Salam perjuangan, maju sukan untuk sekolah.



Sabtu, 4 Februari 2012

SEMAJA sekarang....

Cetak Laman iniCetak Laman ini






Dahulu tempat ini menjadi tapak perhimpunan pelajar










tetapi sekarang tapak perhimpunan lama itu telah menjadi tempat parking kereta guru-guru dan staf.











Di sinilah sekarang tapak perhimpunan rasmi pelajar-pelajar (dulunya ada sebatang pokok besar diantara blok A, blok B, blok C dan Bengkel KH).








Di sini dulu merupakan surau sekolah tetapi sekarang telah menjadi salah satu bengkel KH.












Di sinilah sekarang surau baru SEMAJA (dulunya merupakan court sepak takraw).










Makmal Biologi, Kimia dan Fizik yang telah dinaik taraf.










Bangunan MPV jahitan yang baru (berhampiran bangunan LD, blok C dan blok D).










Bangunan tambahan LD (bersebelahan bangunan LD lama).







SMKRMMTI 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox 1024 X 768 pxl