Kaunseling

Cetak Laman iniCetak Laman ini

1. APAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING?
Ialah satu proses perhubungan menolong yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berlandaskan etika kaunseling.

2. KEPADA SIAPAKAH PERKHIDMATAN INI DISEDIAKAN?
Perkhidmatan ini diberikan kepada murid-murid, guru-guru dan staf sokongan yang berkhidmat di SMK Raja Muda Musa Teluk Intan, Perak termasuklah ibubapa pelajar dan ahli keluarga terhampir.

3. APAKAH BIDANG RANGKUMAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING?
Ia meliputi:
3.1 Perkhidmatan Ujian Psikologi
3.2 Perkhidmatan Kaunseling
3.3 Perkhidmatan Pencegahan dan Pembangunan Sahsiah
3.4 Perkhidmatan Konsultasi
3.5 Perkhidmatan Peningkatan Kemahiran Kaunseling

4. APAKAH PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN?
Terdapat tiga aspek perkhidmatan yang disediakan :
4.1 Memberi perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok
4.2 Memberi perkhidmatan kaunseling secara sukarela atau dirujuk , dan
4.3 Menyediakan laporan kaunseling kepada pihak yang berkenaan atau atas permintaan murid.

5. APAKAH JENIS KAUNSELING?
5.1 Kaunseling Individu
Hanya melibatkan kaunselor dengan murid tanpa pencelahan dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga peningkatan kendiri.

5.2 Kaunseling Kelompok
Kaunseling yang melibatkan seramai 7-15 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu disiplin, pelajaran, peningkatan kemahiran, murid yang perlu dibantu, kepimpinan, psikososial dan sebagainya.

5.3 Kaunseling Keluarga
Kaunseling yang meliputi isu-isu peningkatan kemahiran berkeluarga, keibubapaan, permasalahan kekeluargaan, perkahwinan dan juga seksual. Kaunselor mungkin akan mengadakan sesi kaunseling individu bersama ahli keluarga.


6. BAGAIMANAKAH CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING?
6.1 Hubungi Unit Kaunseling sekolah melalui :
6.1.1 Surat / borang yang disediakan
6.1.2 Telefon/ sms / e-mail
6.1.3 Datang sendiri secara bersemuka.

SMKRMMTI 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox 1024 X 768 pxl