Ahad, 4 Mac 2012

LATIHAN berterusan adalah kunci kejayaan..

Cetak Laman iniCetak Laman ini
Assalammu'alaikun wbrth, salam 1 Malaysia...
Hari ini kita akan membincangkan isu berkaitan bagaimana hendak mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan akademik. Sejajar dengan perkembangan semasa, perkara ini seringkali diabaikan oleh kebanyakan  pelajar untuk mencapai kejayaan biarpun di bidang pelajaran atau pun kokurikulum. Tidak serius dan memandang remeh setiap sesuatu yang hendak dicapai itu menyebabkan berakhir dengan kegagalan.

Kita tidak boleh mengharapkan kepada guru 100% tetapi untuk menggenggam impian mestilah bermula dengan latihan. Latihan yang berterusan, sistematik serta teknik yang betul berupaya menghasilkan kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Buat homework seringkali nasihat ini diberikan oleh guru kepada pelajar. Melalui cara ini setiap subjek diajar di kelas disusuli dengan kerja rumah akan menghasilkan kesan untuk memahami konsep dan asas sesuatu tajuk itu. Kebiasaannya apa yang diajar di kelas akan memberikan kesan 10% kepada memori manusia. Sekiranya terus melakukan latihan di sekolah atau di rumah selepas itu, pelajar mampu memiliki keupayaan minda 'ingat' sehingga 50%. Mana lagi 50%? Terus membuat latihan di buku-buku kerja dan soalan soalan  peperiksaan yang lepas adalah jawapannya.

Begitu juga dengan permainan, debat, pidato dan lain-lain lagi acara. Tanpa latihan mengikut jadual sukar  untuk menjadi mahir dan bertenaga di hari pertandingan kelak. Kenapa perlu datang latihan? Tahap stamina yang tinggi adalah penting kerana itu adalah benteng terakhir untuk berjaya. Bayangkan apabila kita bermain bola sepak pada tahap tekanan yang tinggi, suasana yang tegang, jurulatih memekak di tepi padang,  maka serangan akan berlaku kepada mental seseorang pemain itu. Pernah berlaku pemain dari SEMAJA B15 Tahun yang mempunyai skill individu mainan yang bagus tidak dapat menyumbat penalti. dengan tendangan  bertenaga. Kenapa ini berlaku? Ye sudah tentu stamina penting untuk menyokong mental seseorang pemain itu. Mental akan luntur seiring dengan stamina tetapi ia akan menjadi teruk sekiranya seseorang pemain itu tidak ada stamina. Sekurang-kurangnya stamina mampu bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan. Dan seringkali pasukan yang berstamina tinggi mampu menyumbat gol di saat-saat akhir permainan. 

Beginilah yang kita mahu. Kejayaan melalui latihan yang berterusan atau hari-hari mampu meningkat stamina dan kredibiliti pemain untuk mencapai kejayaan di dalam acara yang mereka sertai. Nasihat saya kepada semua pelajar SEMAJA teruskan latihan yang berterusan (hari-hari) kerana pintu kejayaan itu sentiasa menunggu anda di mana-mana sahaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SMKRMMTI 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox 1024 X 768 pxl