Rabu, 29 Februari 2012

Disiplin pelajar Sesi Petang adalah di tahap terbaik.

Cetak Laman iniCetak Laman ini
Salam semua, di sini ingin saya berkongsi tentang pelajar sesi petang tahun 2012. Seperti yang kita sedia maklum peraturan sekolah dan pelajar adalah sangat berkait rapat di antara satu sama lain. Setiap pelajar dikehendaki berpakaian uniform yang lengkap ke sekolah. Dilengkapi dengan lencana, tanda nama dan tali leher bagi lelaki. Setiap pelajar dikehendaki hadir ke sekolah sebelum masa belajar dan ini telah terbukti apabila statistik pelajar lewat ke sekolah telah berkurangan dengan drastiknya. 

Apa yang hendak di ceritakan di sini ialah pentingnya penguatkuasaan peraturan-peraturan sekolah dan ini tidak boleh dilakukan oleh seorang guru sahaja. Kita hanya manusia dan tetap lemah oleh itu setiap guru telah cemerlang mendidik pelajar-pelajar kita sehingga ke menara gading. Selain itu ibu bapa juga memainkan peranan dalam mendisiplin anak-anak mereka. Kita lihat biasanya pelajar yang bermasalah adalah kebanyakannya berpunca daripada keluarga yang bermasalah juga. Itu adalah realiti. Jangan mendabik dada sekiranya penguatkuasaan telah dijalankan dengan cemerlang. Apa yang penting ialah menitikberatkan aspek kerjasama serta melaksanakan hukuman serta kaunseling oleh guru-guru tertentu mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Sebenarnya sukar untuk mengekalkan disiplin yang terbaik di sekolah. Apa yang boleh kita lakukan  untuk mengekalkan momentum disiplin terbaik ialah semua pihak boleh meluangkan sedikit masa duduk semeja dan berbincang tentang permasalahan anak-anak atau pelajar-pelajar mereka. Semua ini dilakukan demi masa depan pelajar-pelajar kita. Ingatlah kita bukan sahaja bertanggungjawab melahirkan tenaga mahir atau pemimpin untuk negara tetapi mengasuh serta mendidik mereka tentang agama, budaya dan adat resam semua kaum supaya perpaduan dan keharmonian di negara kita ini dapat dikekalkan selama-lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SMKRMMTI 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox 1024 X 768 pxl