Ahad, 19 Februari 2012

Ubah sikap baru boleh berjaya...

Cetak Laman iniCetak Laman ini
Kejayaan tidak datang bergolek tetapi perlu usaha yang berterusan berteraskan teknik-teknik yang betul. Itulah sumber kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Akademik dan sukan adalah dua bidang penting yang mesti semua pelajar ikuti serentak. Sikap sesetengah pelajar yang hanya mementingkan akademik sahaja sebenarnya tidak cukup kerana keperluan rohani dan jasmani mestilah seimbang dan bergerak seiring. Ada juga pelajar yang hanya sibuk bersukan sehingga melupakan peperiksaan PMR atau SPM. Ini pun perlu dirawat kerana seperti yang kita sedia maklum untuk berjaya ilmu amatlah penting. Tanpa ilmu hidup kita sentiasa di dalam kegelapan. 

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah sikap pelajar yang telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam apa jua pasukan tetapi tidak memberi komitmen 100% ke arah mencapai kejayaan. Kita ambil contoh bola sepak. Boleh dikatakan hanya 5 hingga 8 orang sahaja yang turun untuk latihan tetapi apabila buat perlawanan persahabatan, ramai pula pemain yang hadir, boleh dikatakan semuanya turun untuk bermain bola sepak. Hairan sungguh sikap pelajar SEMAJA kerana tidak semudah hanya bermain untuk persahabatan sahaja tetapi hari-hari untuk latihan diabaikan.

SEMAJA gah berbanding pasukan-pasukan dari sekolah lain dari aspek bola sepak. Bila diundi bersama SEMAJA, ada yang mengeluh kerana membayangkan SEMAJA sangat kuat dan sebagainya. Tetapi hakikatnya apabila jadual pesta bola sepak di peringkat daerah bermula, kita kecundang dan terus kecundang...di mana silapnya?

Bukti kejayaan kita masih berbisa dalam acara Road Run Peringkat MSSSPK Daerah Hilir Perak (dulu dikenali Merentas Desa)-rujuk KEJAYAAN SEMAJA
Punca sudah ditemui tetapi itulah sikap pelajar SEMAJA, latihan tidak boleh hadir, alasan tertidur, tiada kenderaan untuk ke sekolah adalah sangat sinonim dengan pelajar SEMAJA. Tetapi naik motor siap ronda semua taman hari-hari boleh pula. Begitu jugalah dengan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Bila tak siap ada aje alasan yang diberikan mereka. Jika beginilah sikap yang ada pada pelajar SEMAJA maka tidak hairanlah SEMAJA hanya gah pada nama sahaja. Marilah berubah dan terus membaiki kelemahan agar kita benar-benar mampu harum bukan sahaja di peringkat daerah malahan di peringkat kebangsaan dalam apa sahaja aktiviti yang rancang oleh kementerian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SMKRMMTI 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox 1024 X 768 pxl